Bila kita bercakap tentang Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban, sudah tentu akan mengingatkan kita kepada peristiwa yang bersejarah dalam Islam iaitu ketaatan Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam dan kehadiran Nabi Allah Ismail Alaihissalam ketika Allah memerintahkan Nabi Allah Ibrahim sebagai ayah menyembelih anaknya Nabi Allah Ismail sebagai korban. Dari sinilah titik tolak sejarah ibadat korban bermula dan kita amalkan sehingga sekarang.
Sesungguhnya apa yang berlaku keatas Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Ismail Alaihissalam itu merupakan ujian yang memerlukan kesabaran dan ketabahan. Perkara ini diceritakan di dalam Al-Quran Surah Ash-Shaaffat ayat 102 tafsirnya :
"Maka tatakala anaknya itu sampai ke peringkat umur yang membolehkan dia berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata : Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu : Maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab : Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu : Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".
Dari ayat tersebut jelas menunjukkan kekuatan dan keteguhan iman serta takwa yang dimiliki oleh mereka berdua sehingga tidak ada sedikit pun keraguan atau was-was dalam hati mereka untuk melakukan apa yang diperintahkan demi mentaati perintah Allah Subhanahu Wataala. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Ash-Shaaffat ayat 103-106 tafsirnya :
"Setelah keduanya berserah bulat-bulat menjunjung perintah Allah itu dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakan iringan mukanya diatas tumpok tanah, kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah kami. Serta kami menyerunya : Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu, demikianlah sebenarnya kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan".
Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hambanya. Maka dengan berkat kesabaran dan ketaatan kedua beranak itulah, Allah Subhanahu Wataala menggantikan tempat Nabi Allah Ismail dengan seekor kambung (kibasy) untuk disembelih sebagai korban.
Sememangnya ujian Allah Subhanahu Wataala keatas Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Ismail Alaihissalam itu suatu yang amat berat yang sukar dilakukan oleh manusia biasa seperti kita, tetapi apakah kita juga tidak sanggup berkorban dalam bentuk yang lainnya semata-mata untuk mentaati perintah Allah Subhanahu Wataala.
Pengorbanan mempunyai pengertian yang amat luas. Pengorbanan bukan hanya tertakluk pada satu perkara sahaja tetapi meliputi pengorbanan harta benda, waktu, tenaga, fikiran, perasaan, kepentingan diri dan bermacam-macam lagi.
Sebagai contoh orang yang memiliki harta bolehlah mengorbankan hartanya untuk membantu orang yang susah dan memerlukan pertolongan seperti fakir miskin dan orang yang ditimpa bencana musibah, manakala orang yang berilmu pengetahuan berkorban mengajarkan ilmunya yang bermanfaat kepada orang lain sehingga menyebabkan orang lain itu pandai, berpelajaran dan berbakti pula kepada orang lain. Pengorbanan seumpama inilah yang akan memperolehi pahala yang sangat besar sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya :
"Dari Mas�ud Al-Ansari, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Barangsiapa menyeru kepada kebaikan, maka baginya pahala kebaikan sebanyak pahala orang yang mengerjakannya".
Kita hendaklah sedar dan jangan mudah lupa bahawa kemajuan yang kita capai dan kehidupan yang kita nikmati sekarang ini adalah hasil pengorbanan orang yang terdahulu daripada kita. Kita lihat pengorbanan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam serta para sahabat dalam menegakkan dakwah Islamiah sehingga berkembang ke seluruh dunia. Mereka sanggup berkorban apa saja demi memperjuangkan agama Allah Subhanahu Wataala. Pengorbanan itulah yang patut dicontohi dan dijadikan ikutan agar pengorbanan kita juga dapat dirasai oleh generasi akan datang.
Dalam kehidupan di dunia ini sifat sanggup berkorban adalah menjadi suatu kemestian tanggungjawab yang mesti dipikul dan dilaksanakan. Kerana itu setiap orang perlu menanamkan sifat ingin berkorban pada diri mereka yang didorong oleh ketaatan kepada Allah Subhanahu Wataala sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Ismail Alaihissalam dalam peristiwa korban tersebut.
Oleh itu percayalah jika sifat taat menjadi darah daging dan akar umbi dalam diri seseorang maka akan mudahlah lahir semangat ingin berkorban. Kerana itu Allah Subhanahu Wataala memerintahkan umatnya supaya berlaku taat sebagaimana perintahnya dalam Surah An-Nisaa' ayat 59 tafsirnya :
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil Amri (Orang-orang yang berkuasa dari kalangan kamu".
Taat kepada Allah bererti kita beriman dan taat kepada Allah Subhanahu Wataala dengan mentaati segala perintah dan menjauhi segala larangan-Nya. Manakala taat kepada Rasul adalah beriman kepada Rasulullah dengan mentaati dan mengamalkan segala ajaran yang diajar dan dibawa oleh Baginda. Demikian juga ketaatan kepada Ulil Amri iaitu ketua atau pemimpin seperti suami, ibubapa, ketua pejabat apatah lagi pemerintah negara adalah menjadi satu kewajipan dan dituntut dalam Islam selagi perkara-perkara yang dilakukan bukan perkara maksiat kerana ketaatan kepada Ulil Amri itu mampu mewujudkan kehidupan yang aman makmur dan sentiasa berpegang teguh dengan tali Allah (Agama Islam).
Dalam konteks bernegara yang berbilang bangsa dan agama setentunya memerlukan kepada pemerintahan raja yang adil lagi bijaksana, usaha integral rakyat dalam memelihara dan mempertahankan nikmat kesejahteraan, kerukunan, kesentosaan dan keharmonian hidup bermasyarakat sudah setentunya juga memerlukan pengorbanan serta ketaatan. Masyarakat yang ideal yang diharapkan oleh Islam iaitu masyarakat yang penuh dengan keceriaan, kebahagiaan, ketenangan dan kestabilan hidup adalah mereka yang berkorban untuk menyeru orang lain untuk melakukan kebaikan dan mencegah orang lain dari perbuatan mungkar, kejahatan dan ketidak adilan. Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam Surah Ali 'Imran ayat 110 tafsirnya :
"Kamu wahai umat Muhammad adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi faedah umat manusia kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang dari segala perkara yang salah (buruk) dan keji serta kamu pula beriman kepada Allah dengan sebenar-benar iman".
Justeru itu, seseorang mukmin yang berpegang kepada prinsip melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya, tentu saja tidak akan sanggup melihat dan membiarkan ketaatan yang diamalkan dicemari dengan unsur-unsur dan elemen-elemen yang tidak sihat seperti bersifat hasad dengki, iri hati, bermusuh-musuhan, berpecah belah, huru-hara dan bermacam-macam lagi yang boleh menggugat kestabilan dan keharmonian bermasyarakat dan bernegara. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk memelihara keamanan dan kesejahteraan yang telah wujud dan menghargai nikmat yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala dalam apa jua keadaan, dalam menempuh keadaan dunia yang serba canggih dan mencabar ini. Jangan jadikan diri kita kufur nikmat yang menyebabkan Allah murka dan menarik balik nikmat yang dikurniakannya.
Semua orang mahukan hidup bahagia dan berjaya baik di dunia mahupun di akhirat. Apakah ianya dapat dicapai dengan hanya kata-kata tanpa perlu berkorban?. Percayalah kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat tidak akan menjelma sendirinya melainkan dengan adanya usaha dan pengorbanan.
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Hujuraat ayat 15 tafsirnya :

"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benar beriman hanyalah orang yang percaya kepada Allah dan Rasulnya, kemudian mereka terus percaya dengan tidak ragu-ragu lagi serta berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar pengakuan imannya".

No comments:
Post a Comment